Pagi tadi semasa breakfast dengan sweetheart and our friend, terbuka cerita pasal blog yang dijadikan “habitat” untuk kutuk mengutuk, keji mengeji and sebagainya. Kes hangat about adukataruna yang katanya mengeji kemangkatan Sultan Johor. Alahai, kenapela buat tindakan kurang bijak tuh. Banyak lagi kerja lain nak dibuat kan. Kerana mulut badan binasa. Tak pasal-pasal dah nak kene ke mahkamah and so on kalau betol seperti yang diberitakan. Ade team khas dah ditubuhkan untuk mengheret penulis blog yang disebut tadi ke muka pengadilan atas 25 laporan polis yang telah dibuat terhadapnya.
Sedihnya saye bila mengetahui, penulis tersebut berbangsa melayu serta beragama Islam. Macam mane bangsa dan agama kita nak dijadikan contoh dengan adanya segelintir manusia macam ni. Bile saye blog hoping lagi tadi, jumpe juga blog-blog lain yang sama macam blog adukataruna tu. Orang bukan Islam pun dah berani mengutuk pemimpin dan agama kita. Mereka menjadi lebih berani bila tengok kita sendiri lemah dalam mempertahankan agama dan bangsa kita. Sedihkan? Realiti yang tak dapat dielakkan. Tak sanggup rase nak terus baca blog-blog macam ni. Terjejas nama blogger dengan adanya sikap segelintir pihak yang terlalu emosi dalam menulis. Memang tak salah nak bagi pandangan atau meluahkan apa yang tak puas hati, tapi kan lebih elok dengan cara yang lebih profesional.
Bila saya go through apa yang mereka tulis, seolah-olah mereka ni tak ade education sedangkan saya pasti ada antara mereka adelah golongan-golongan terpelajar, siswazah-siswazah universiti and macam-macam lagi. Cerita mengenai Sultan Johor yang mangkat tu, patot ke nak mengeji seseorang yang dah tak ade. Yang pergi tetap pergi. Ade lagi baik kita sedekahkan Al-Fatihah buat al marhum. Pahala pun dapat. Asyik kutuk sane sini, baginda dah diberi keizinan oleh Allah mangkat pada hari jumaat yang insyaallah terlepas azab kubur. Kita? Belom tahu lagi bagaimana nasibnya macam mana. Adukataruna telah memohon maaf berkenaan isu itu, tapi adekah semua orang memaafkannya? Terutama kerabat Johor serta rakyat jelata negeri Darul Takzim itu. Semoga anda mendapat pengajaran serta ikhtibar dengan apa yang telah atau bakal terjadi nanti wahai encik aduka.
Kepada blogger-blogger sekalian, blog adelah tempat untuk kita meluahkan perasaan, idea, pengalaman, serta ada juga yang menjana pendapatan dari menulis blog ni. Jadi, jangan salah gunakan blog anda yer. Tak pasal-pasal glamour satu malaya u. Huhuhu~














































