Archive for the ‘Foodstuff’ Category

Kebaikan Fish Oil: Ramai Yang Perlu Ambil Tahu

Thursday, March 25th, 2010

Fish Oil atau Minyak Ikan adalah vitamin yang diambil dari ikan fresh seperti ikan makarel, tuna, salmon dan lain-lain lagi. Fish oil digunakan secara tradisi untuk pelbagai jenis masalah kesihatan terutama kesihatan jantung. Fish oil ini terdiri daripada dua asid lemak omega 3 yang penting iaitu EPA dan DHA. Kedua-duanyan sangat berguna untuk perkembangan otak, nervous system seperti sistem sel dan juga baik untuk kesihatan mata. Antara kebaikan utama fish oil ini adelah:

  1. Mencerdaskan otak serta meningkatkan daya ingatan. Amat sesuai untuk golongan yang belajar terutamanya, dimana pengambilan fish oil yang teratur dapat mempercepatkan proses daya ingatan oleh otak serta lebih fokus. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil fish oil supplements akan membri impak yang baik kepada bayi yang akan dilahirkannya .
  2. Mengurangkan stress dan kemurungan. Fish oil bukan saje dapat jadikan anda seorang yang pintar malah lebih bersikap rasional dengan mengurangkan stress pada otak. Fish oil dapat membantu otak menangani masalah stress, tekanan atau phycosis.
  3. Baik untuk jantung. Fish oil memberikan kebaikan kepada arteri dan vain jantung agar sistem kardiovaskular anda dapat berjalan dengan lancar. Mengurangkan risiko serangan jantung dan juga strok dimana fish oil menghalang cecair atau clot yang  akan tersekat pada otak yang menjadi punca kepada serangan kedua-duanya. Ini pasti sesuatu yang lebih baik jika kita amalkan pengambilan fish oil seusia muda lagi.
  4. Dapat mencegah kanser payudara, kolon dan prostat. Fish oil berfungsi menghalang segala pembentukan sel kanser yang merbahaya pada tubuh kita terutama pada tiga bahagian ini.

Ini mungkin sebahagian daripada kebaikan fish oil yang dapat saye kongsikan bersama. Saye merupakan pengamal fish oil dari zaman kanak-kanak lagi. Punyela lebam nak telan kapsul kuning tu hehehe. Ibu bapa saye tahu kepentingan fish oil kepada kesihatan dan telah menjadi kebiasaan pada saye untuk makan fish oil ni. Terutama sekali bila saye masuk belajar degree dulu, dari tahun pertama hingga tahun akhir saye ambil fish oil untuk memudahkan saye fokus dalam pelajaran. Alhamdulillah, dengan pengambilan fish oil ni saye rase lebih senang untuk mengingati dan juga kurang rase mengantuk semasa study. Abang ipar saye juga ade share info dengan saye bahawa fish oil ni dapat cepatkan impulse otak kita. Tapi janganla makan fish oil tapi tak study yer. Means nothing ok.

So ini saje dari saye. Nak share satu lagi vitamin yang baik untuk badan kita serta testimoni dari saye sendiri. Oh sebelum terlupa, gambar dibawah ni merukan jenama fish oil yang saye amalkan. Ade pelbagai jenama yang memberi kebaikan yang same. Cubelah. Insyaallah kita dapat nikmati kebaikannya. Daa~

minyak ikan|kebaikan fish oil|fish oil|fish oils|oil fish|fish oil benefits|fish oil supplements|vitamin


Sedapnyer Limau Chinese New Year

Wednesday, February 3rd, 2010

Limau tangerin dan manderin adalah biase di kalangan rakyat cina terutama apabila tiba musim perayaan mereka. Limau ini dikatakan sebagai simbol kebahagiaan dan menjadi satu kemestian untuk dibawa bersama apabila mereka menziarahi satu sama lain semasa hari perayaan mereka. Di Malaysia, kita hidup berbilang kaum jadi setiap kaum pasti turut serta memeriahkan perayaan kamu lain. Limau-limau yang sangat galak dijual di seluruh negeri menjelang Tahun Baru Cina ini akan dibeli tak kira oleh kaum cina sendiri, kaum india, kaum melayu atau lain-lain. One Malaysia la katekan.

Saye takkan lepaskan peluang membeli limau ni sekotak ke dua kotak ke. Kalah diorang yang nak raya pulak. Tak kisahlah tangerine atau mandarin, dua-dua saye suke. Kalau tak salah saye, tangerine ni lebih kecil dari segi saiznye dan rasanye tak semasam oren biasa. Mandarin pula lebih besar saiznye, bentuk ala-ala pumpkin dan sangat juicy. Harganye juga sedikit mahal. Limau ini bukan saja senang untuk dimakan, malah penuh dengan khasiat vitamin C, vitamin B serta beta-karotin yang baik untuk tubuh kita. Harga limau-limau ni mengikut gred, ade yang mahal dan ade juga yang murah. Kulitnya mudah dikupas dan kadang kala jusnya memercik-mercik membuktikan betapa juicy nyer buah limau cina ni. Fuhhh mengancam betol.

Kenape nak dekat raya cina baru buah ni dijual merata-rata kan? Kalau bukan musim raya cina, tak nampak pulak. Tak taula kot-kot saye yang tak perasan. Tapi elok juga macam tu sebab barulah kita rase tertunggu-tunggu sikit. Kira excited tu terlebih la bile sampai musim Tahun Baru Cina. Kalau kita ade ramai kawan-kawan cina, seronok betol kutip limau dari diorang. Kadang-kadang tu ade yang bawak berkotak-kotak limau untuk rakan-rakan. Syoknyer! Selalu mase kat office la kan. Huhu. Tadi ingat nak pi shopping limau, tapi tak sempat. Just drop by gerai tepi jalan beli tangerin comel. Lepaskan ngidam hehehe. Kalau kat perlis ni, ade satu tempat khas dijual buah-buah limau ni. Kat tengah-tengah bandar kangar. Nak yang murah, yang mahal, dalam kotak, dalam bakul sume ade. Besar-besaran punya. Tak saba nak pergi beli.

Dat’s all from me. Selamat makan buah limau yer.

:)

Tangerin comel

Bersama si comel yang manis dan sedap. Aummmm!

Ngap!

Masuk mulot sudah. Yummy!

Laksa Kuala Perlis…Terbaekk!

Tuesday, January 5th, 2010

Pernah makan laksa kuala perlis? Kalau tak pernah makan, tolongla rase. Tak taula kenape saye memang suke betol laksa kat perlis ni. Even family saye ni memang hantu fanatik abes to laksa, tapi bile dah pekena laksa kuala perlis ni rase macam laksa lain tak suit dah dengan tekak. Sampai macam tu sekali penangan laksa kuala ni. Bayangkan waktu family saye datang holiday kat perlis ni waktu konvokesyen saye Ogos 2009 lepas, my sister breakfast laksa tiap-tiap pagi okeyh. Then, kalau saye balik ke rumah cuti siap pesan take away laksa kuala perlis ni. Serius addict abes!  Another story pulak, my sweetheart yang memang tak minat laksa pun boleh jadi suke giler sampai tiap-tiap petang ajak saye gi makan laksa. Hebat sungguh laksa beras kuala perlis ni yer.

Apa keistimewaanye yer? Pada pendapat saye, kesedapannye pada “laksa” tu sendiri iaitu laksa beras. Bukan macam laksa biase yang direbus air panas tu. Laksa beras ni fresh tau disediakan dengan mesinnye yang akan hasilkan juraian laksa and ready to be served. Tahan lama jugak. Setakat saye nak sampai ke Shah Alam tu memang elok lagi. Ke Johor Bharu pun still ok apetah lagi dekat-dekat ni. Ape lagi yang special? Bukan tu jer. Yang paling best laksa kuala perlis ni dimakan dengan pulut panggang. Jangan tak percaye yer. Bunyi pelik tapi sedap sangat. Kalau tak licin pinggan tu memang tak sah. Dari mane asalnye saye kurang pasti. Tapi publisiti dah banyak about this. So kalau sesiape yang belom tau untungla bace post ni hehe.

Laksa Kuala Perlis

Laksa beras bersama kuah pekat ikan. Hirisan timun, daun selom dan bawang meningkatkan aromanye. Telur rebus penambah kesedapan. Yummy!

Pulut Panggang

Pulut panggang yang dimakan bersama dengan laksa. Serius sedap. Kenyang abes. Kalau makan petang dinner tak payah dah hehe.

Limau and cili api

Kepada yang nak pedas and masam lagi, silala tambah rencah di atas.

Kak Su Laksa

Kedai laksa Kak Su kegemaran kami. Dekat jer dengan umah sewa saye. Dibuka setiap hari kecuali hari selasa, dari pagi sampai petang.

Ni la serba sedikit tentang keistimewaan di Perlis. Antara yang tiada di tempat lain. Sesiapa yang suke makan laksa or yang rase nak cube, bolehla datang ke kuala perlis. Bukan kedai Kak Su je. Ade lagi kedai-kedai yang menjual laksa beras ni. Cume kalau saye, Kak Su memang terbaek! Hehehe. Tak dapat ape-ape komisen eh. Sekadar berkongsi pendapat.

So, selamat menjamu mata!

Evening Primrose Oil: Khasiat Untuk Wanita

Friday, October 23rd, 2009

Evening Primrose Oil (EPO) atau nama saintifiknya Oenothera Biennis merupakan sejenis tumbuhan berbunga kekuningan yang kembang di waktu petang. Tumbuhan ini ditanam di Utara Amerika, Eropah dan juga Selatan Hemisfera. Ia mengandungi asid lemak penting iaitu Gamma-Linolenic Acid (GLA) yang dapat membantu seseorang wanita dari segi perubatan dan juga kecantikkan.

Antara khasiat primrose oil adalah :

  1. Membantu badan menggunakan insulin, mengawal berat badan, melawan kanser dan penyakit jantung dimana ia mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
  2. Amat sesuai untuk yang inginkan kulit yang cantik di mana primrose oil dapat menghalang penghasilan chemical dalam badan yang menyebabkan kulit bermasalah.
  3. Membantu seseorang  yang berpenyakit eczema, asthma dan rheumatoid arthritis.
  4. Ia juga dapat memberikan kelegaan kepada wanita yang mengalami masalah haid atau pre-menstrual syndrome (PMS), simptom putus haid atau menopause dan juga kesakitan di bahagian buah dada akibat perubahan hormon semasa haid.

Mungkin kesan ketara kita tak dapat lihat dalam masa yang amat singkat. Namun dengan penggunaan yang teratur dan berpanjangan kita pasti boleh memiliki khasiatnya. Saya baru dua bulan mengamalkan primrose oil setelah menyedari saye mengalami masalah kulit sensitif dan haid yang tak menentu. Alhamdulillah, bila dah amalkan primrose oil kulit dan haid pun dah OK. Yela, saye cume ikhtiar je mane yang boleh. Hurmm dari segi harga pulak, ikot brand. Ade jugak yang mahal. Tapi saye pakai brand Blackmores tu ok jugakla harganye. Primrose oil boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Hihi macam iklan pulak.

Saye cume ingin berkongsi dengan semua pasal supplement ni. Ape salahnya kan kalau kita berbelanja sikit untuk kesihatan kita. Tambahan pulak kita orang perempuan ni. Betol tak? So untuk lelaki pun ape salahnya bace. Manela tau bermanfaat untuk sesiapa atau orang yang disayangi kan. Ok kalau ade ape-ape pendapat share la. Manela tau ade yang saye miss. Hope to hear from you all…Daa~

evening primrose oil|primrose oil|evening primrose|evening primrose pregnancy|evening oil of primrose|evening of primrose

Cookies time

Sunday, September 13th, 2009

Assalamualaikum semua….

Malam td, saye and kak ina memulakan misi membuat kueh raya. Lagi seminggu je ni nak raya tp kueh takde pun agi. So mmg dah tradisi keluarga kami wat kueh raya sendiri. Kueh tunjuk tak mainla. Kueh yang tak pernah miss dari zaman dulu-dulu kala pun semestinye semperit, tart nenas, cornflakes n biskut kelapa. Kueh-kueh yg disebut tadi mmg favourite sume. Kalo nak specialize kn, cornflakes tu my daddy punye fav while yg kelapa tu my mommy punye fav. Kitorang siblings hentam sume hehe.

So yesterday kitorang start dengan biskut cornflakes berkacang and continue pagi td pulak buat biskut kelapa oren. Wangi satu umah bau kueh raya yang dibakar. Paling wangi bile biskut fav my mommy dibakar…aduhai meleleh! Yela kelapa + oren…mantap gitu! Kak ina yg teror bab-bab kueh ni. Sambil die menguli tu, sambil tu jugakla die dok cerita kat saye resipi-resipi ni. Saye pun mengangguk-angguk tanda faham. Konon! Saye ni assistant jer. Tp insyallah satu hari nanti saye mesti pandai cam kak ina…chaiyokk!

P1090006

Oven yang dah bertahun-tahun membantu kami membakar kueh raya. Ni lah oven, ni lah microwave. Mekacih yer…kami cayang kamu!

P1090008

Kueh cornflakes kacang yang sudah mula dibakar dgn suhu 180o. Fanashh!

P1090010

P1100011

Kedua-dua kueh yang siap dibakar. Yummy!

Malam ni tak jadi smbung buat kueh sebab kelebaman. Esok kakakku mau kerja. Pasni nak wat kueh semperit kot. Tart kak ila dah wat. Share-share sudah huhu. Oh lupe…kueh yang dah siap disimpan dalam balang kueh. Malam raya baru susun dalam bekas kueh raya tantaek.

page

Kalo agak-agak nak resipi janganla segan nak tanye yer. Saye ni x kedekot ilmu. Selamat menjamu mata haha!