Archive for the ‘Friends’ Category

Ketibaan Mereka Yang Dinanti

Monday, December 28th, 2009

Penantian saye selama 4 tahun nak diorang datang ke Perlis akhirnya berakhir. Tanggal 24 Disember 2009 mereka tiba dengan menaiki plane. Saye and sweetheart dengan penuh bersemangat pergi fetch diorang kat airport alor setar. Mereka yang digembar gemburkan adelah Amal, Lin & Wan. All of them are my best  buddies from subangnian jayanian hikhikhik. Happy diorang selamat sampai. Tak percaye?? Zoom gambar kat bawah tuh. Excited giler dat time okeyh. Amal akan stay sampai 30th but Lin & Wan kene balik awal sikit, on 27th sebab Lin keje. Takpe janji dapat spend together jugak. Mase tu memangla nak lelame tapi apekan daya saye kan.

Muke happy!

My sweetheart and I planned nak bawak diorang makan laksa perlis la kan because saye rase cam best jer makan petang-petang. Tapi malangnya bila tengok jam kat tangan dah pukul 6.30 petang. Takot dapat kuah je kitorang nanti. So, muncullah request dari Wan yang nak makan Radix FC. Utara jer ade kottt. Then, kami pun straight ke sane.Naseb saye and sweetheart pun tak pernah makan so first timela untuk kami jugak huhu.

Amal yang tak sabar lagi...

Lin pun...ehehe

Kami ok jer hehe...

Selepas semua orang kekenyangan, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Wan ikot my sweetheart and Amal + Lin semestinyer ikot saye. Diorang mesti penat kan travel dari jauh tapi kalau tengok macam takde ape jer. Lepak kat bilik saye pun sempat jer gosip menggosip huhu. Best giler. Sampai leka dibuatnye. Tengok jam dah lambat. Promise nak bawak diorang gi makan cocok-cocok & jagung bakar tepi laut. Cocok-cocok tu name yang suke hati saye letak sebab all the sosej and macam-macam lagi tu dicocok dengan lidi pastu dibakar. Tapi memang sedap  and die served with the sauce kan fuuhhh. Perlis je ade tau.  Yeke? hehe. Tapi rase yela sebab dibawa dari Thai . Ade la sorang tu sampai nak lagi hikhikhik. Jagung bakar tu pun sedap. Pas dibakar kene sapu planta, mayonis & honey. Superbbb!

Camera dulu huhu

Pilih jangan tak pilih yer korang...

Makan time!

Kitorang lepaking sampai kul bape tah. Memang nak lepak lame lagi tapi kene balik sebab ade trip lagi best nak pegi esoknyer. Langkawi!! Balik cepat nak packing. Saye tak siap pack lagi huhu. Sape nak makan cocok-cocok & jagung bakar sila ke tepi laut kuala perlis yer. Memang best. Enjoy!

Who’s Next???

Tuesday, December 22nd, 2009

Semangat sungguh balik ke Subang haritu, even hati ni sangat berat nak tinggalkan Encik Buah Hati keseorangan di Perlis. Mane tak excited, kawan-kawan saye nak kawen. Dulu jumpe kat sekolah, gelak-gelak, main bile cikgu takde tu adatla kegiatan kami. Bile cikgu masuk jer sume cabot balik tempat masing-masing. Kadang tu sampai tak sedar cikgu masuk pun pernah. Main bukan sorang dua, haa amek ko dalam bulatan ramai-ramai . Tah hape jer perangai. Main ape?? Haa tu rahsia. Tapi memang syok giler. Ooooh rindunyer zaman tu. Sekarang sume dah berbeza. Cume sewel korang tetap same huhu. Ade yang dah nak jd lawyer, ade yang jadi artis and model (hikhik), ade yang continue study, ade yang dah keje…Uishh macam-macamla. Happy sangat tengok kawan-kawan sume dah berjaya.

Eh melalot pulak. Nak cerita pasal wedding nih. So pendekkan cerita tibala hari ahad yang di tunggu-tunggu. Tengahari after fetch Amurl kat umah die, kitorang gerak ke rumah Myn kat Shah Alam. Dat time kitorang sampai dah ramai orang. Sebab pengantin nak sampai dah. Yus pun ade so kitorang lepak la sekali. Makanan kenduri sedap tau. Tapi kenela control. Al maklumla sedang diet huhu. Gembiranya hati bile dengar paluan kompang and tengok Myn keluar dgn senyuman berseri-seri. Cantiknyer! Jerit dalam hati jela bile nmpk Myn. Sonoknyer kawen… Lagi bertambah seronok bile dapat jumpe budak sekolah yang lama tak jumpe. Ade account facebook jer, tapi nak jumpe susah. Saye dahla jauh di utara hukhuk. Pas amek-amek gambar kitorang pun gerak balik. Malam ade event lagi.

Yus, Me & Amurl

Kami yang hadir :)

With pengantin...

Sebelah malamnyer pulak, nak pegi wedding Lily & Awie kat Dewan Perdana Felda, KL. Saye tumpang kereta Lin jer. Konvoi dengan Syafiq and Yun. Excitednyer nak tengok my ex-classmate aka close friend dah nak kawen. Awie tu pun my friend waktu sekolah rendah. Jodoh-jodoh. Lily sangatlah cantaek.  Terserlah keserian & kegembiraan kat wajah diorang. Adoiii sume yang pegi malam tu ade perasaan nak kawen teros hehe. Excited-excited nak kawen pun bile dah nmpk makanan senyap jap. Makan dulu huhuhu. Makanan malam tu pun sangat sedap. Paling best dessertnyer. Brownies + Vanilla Ice Cream…yummy!!! Then, sesi bergambar sampai lebam diteruskan. Misi nak full kan memory camera tapi misi tak berjaya. Tu pun tak larat nak upload dah haiihh. Banyak gambar sengal mereka and sayer jugak hikhik.

Jelitawan :)

Tunggu turn amek gambar with pengantin...huhu

Penantian berakhir :)

To Myn & Ikhwan…Lily & Awie,

Tahniah buat korang semua. I nak korang tau yang I tumpang kegembiraan korang even tak sama dengan ape yang korang rase. I doakan korang bahagia selama-lamanya, dapat zuriat yang comel-comel and manyak-manyak. Nanti leh I main dengan diorang. Korang dah wat I nak kawen cepat hehe. Remember that I akan selalu doakan kebahagiaan korang.

Amurl, Lin Me and Nadya

So, who’s next???

Barbeque Kecil-kecilan

Monday, November 9th, 2009

Dah lama rasenya tak buat aktiviti yang diberi nama barbeque ni. Baik dengan keluarga mahupun sahabat handai. Barbeque ni seronoknye satu sebab dapat main api main asap huhu . Tapi yang paling  best dapat mengeratkan pertalian sesebuah keluarga atau pun persahabatan. Betol tak? So dengan kehadiran dua sahabat dari Penang iaitu Ros and Piqah, hasrat yang dah lama terpendam dilaksanakan dengan riang gembira. Persiapan bermula  pada pagi Ahad yang indah itu dengan pergi ke pasar membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalani misi kami ini. Dengan hanya berbekalkan ilmu dari kakak saye yang dikirim melalu SMS, bahan-bahan tadi siap dibeli.

Persiapan untuk program malam tu dilakukan bersama. Sekejap jer bile buat kerja ramai-ramai ni kan. Bile bahan semua dah ade, senang la nak masak nanti. Menu untuk malam tu takdela banya ksangat. Ayam bakar, nasi goreng, coleslow and sosej bakar. Nak buat banyak-banyak pun malas jugak sebabkan esoknya dah isnin. Kang ade enam orang terbongkang paginye. Semua pun ade hal masing-masing kan. Apela hal saye yer?huhuhu….Ade jugakla. Fruitheart saye menyarankan buat kat garage rumah je disebabkan musim hujan tak menentu sekarang. So kalau nak ikot plan awal buat kat tepi laut, tapi kang ade jugak barbeque dalam hujan.

Lepas maghrib, hujan pun macam tau-tau jer kami nak start kan.  Pandai je die reda perlahan-lahan. Padehal dari siang hujan lebat jer macam takde tanda nak berhenti lansung. Kami punye plan pun berjalan seperti yang telah dirancang. Dah bakar arang sampai berbara, ayam and sosej pun mula dibakar. Aroma yang dah naik tu mengegarkan perot kami yang memang lapa akibat tak makan tengahari. Sanggup tu barbeque punye pasal. Bile dah siap semua, ape tunggu lagi. Kami pun ngappp la. Lapa sangat woo. Diet saye pun dilupekan sebentar.

Mintak maaf yer sebab ayam perap saye masin sikit. Pasni punye barbeque insyaallah tak masin dah! Tapi orang kate kalau masak termasin ni tandanye nak kawen. Betol ke? Kalau betol best jugak hehe. Cut cut cut…melalot pulak. Kat sini nak dedicate a lot of thanx to my sis yang sudi bagi resipi. Sedap sangat cume saye jer tak pandai agak garam. To Ros and Piqah, thanx for the treat and I hope both of you have fun. Nanti kite buat lagi eh. Pasni lagi banyak menu yang lazat-lazat. Ok guys…chill!!



Annual Dinner Kej. Sistem Elektrik

Tuesday, October 20th, 2009

Acara tahunan yang biasa diadakan untuk melantik organisasi baru bagi Persatuan Pelajar Kejuruteraan Sistem Elektrik. Kebetulan Aidilfitri pun bakal menutup tirai, majlis tahun ni sekali dengan open house huhu. Kami semua diwajibkan berbaju raya or berbaju kebangsaan. Annual dinner ni selalunye ade makan-makan, persembahan, perlantikan AJK baru dan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.

Tahun ni, saye sebagai tetamu je. Macam 2 tahun lepas, saye sebagai runner program ni. Memang susah nak adakan majlis yang besar camni tapi dengan kerjasama pensyarah, AJK dan student, everythings run smoothly. Memang kenangan yang tak dapat dilupekan. Sekarang ni tengok adik-adik pulak run majlis tahunan ni hehe. Majlis tahun ni agak kreatif di mana perlantikan AJK diadakan ala-ala mengundi sebenar. Ade peti undi siap. Idea Mr Tunku Nizar. Memang lain dari yang lain. Cayalah! Saye doakan lepas-lepas ni makin banyak idea kreatif untuk annual dinner school kite ye.

Makan time

Mereka makan juge

Bergambar acara wajib kami

Smile!

Yanny my junior yg sweet

Housemates & Yanny

Mereka

Mereka dgn aksinye

Mohd bersahaje saye

Saye :)

Congratulations to adik-adik yang menerima anugerah dekan & bestari. Kekalkan semangat korang untuk belajar bersungguh-sunguh and naikkan nama school kite ok. Zaman saye dah berakhir. Master punye life jauh beza dari adik-adik. So kalau nak rase, belajar rajin-rajin tau. Nanti kite jumpe kat alam M.Sc pulak . Sampai sini dulu cerita saye. Nantikan cerita-cerita saye lagi nanti eh. Oh ya, thanx to AJK semua yang sediakan souvenier comel tu. Saye dah gantung di bilik hehe. Baru plan nak beli penggantung kunci dah dapat. Ok sume, Papai!

Mari Menonton

Sunday, October 11th, 2009

Papadom VS Surrogates

Kalau anda rase dah lame tak tengok wayang, silalah ke panggung berdekatan sebab ade movie-movie wajib tonton ni. Both cerita kat atas tu memang best. Kire adil la kan saye tengok satu citer local and satu citer international kan hehe. Congratz to Afdlin for another great movie from him. Kelakar ceritanye tapi pandai touched emosi kite. Kesedapan papadom and nasi kandar tu wat kami sume rase lapar teros. Nak gi penang pekena nasi kandar pun dah malam sgt hehe. Memang patotla dapat award macam-macam kat festival filem. Enjoy sangat.

Surrogates memang cerita yang creative. Tak pernah terfikir kat kepala saye satu hari manusia boleh digantikan dengan robot. Kerja ke, shopping ke kite cume direct dari rumah je. Semua surrogate kite yang buat. Omputih memang creative! Our first movie that nite was Surrogates. Then gi lepak jap kat mamak berdekatan sebab ade 40 minutes gap before Papadom start. Di sini saye ingin menegaskan sekali lagi bahawa tontonlah kedua-dua filem ini. Pasti berbaloi-baloi…

Tak ade idea pulak petang ni. Nak kuar ni amek housemates kat stesen bas. Papai sume!

Lepak-lepak

Gegar pulak...

Kami juge ade

Kami lagi...tak saba nih.

Tengok sat...

Aksi-aksi sebelum movie start

Mereka yang ceria

Keras dah dua-dua...ayoyo!

Same kan?hehe

Takot ke ape tuh...


Beraya di UniMAP

Friday, October 9th, 2009

Setiap tahun UniMAP semestinya akan mengadakan sambutan Aidilfitri untuk student and rakyat di Perlis. Bukan setakat makan-makan jer, ade ucapan and pelbagai persembahan istimewa untuk tetamu. Artis pun ade tau. Cam tahun ni Yuna ade wat persembahan. Yuna, my schoolmate. Kelas sebelah saye je. Takla rapat sangat tapi kenalla. Dah glamour die huhu. Saye jugak tak glamour2 hukhuk. Eh melalut la pulak. Sambung balik pasal raya kat UniMAP ni.

Hujan lebat mencabar kesabaran kami yang nak beraya ni. Turut tak melepaskan peluang adalah saye, kekasih, Mr Zul, Mr Atan, Mr Apit and housemates yang sedia meredah hujan yang tak nak berhenti tu. Berkat kesabaran kami, hujan yang tadi lebat semakin berkurang and akhirnya stop. Booth makanan dipenuhi manusia. Lain macam punye ramai tahun ni. Kitorang dapat makan satay, mee hookien, laksa and teh tarik. Tu pun share. Sharing is caring. la katekan. Punyela banyak makanan tapi tak mampu rase nak berhimpit-himpit tu hehe.

Disebabkan tu kami bercadang nak lepak kat luar je lepas majlis. Tak tunggu habes pun. Duit raya pun kami lupekan. Ala dah besar kan huhu. Bagila adik-adik peluang pulak. Cam tahun-tahun sebelum ni tak bagi chan. Mesti sapu punya. Dapatla RM15 dua round hehe. Tak malu punye ash. So, lepas bergambar sume kami gerak ke warung yang tak jauh dari situ. Lepak-lepak tak sedar dah kul bape. Esoknye macamla cuti. Balik balik. Kepada UniMAP, teruskan buat program ni. Tahun depan saye nak bolot balik duit raya tau. Nanti dah keje takleh dapat dah haha. Sayang UniMAP!

Si Dia Berbaju Melayu

Saye Berbaju Kurung

Makan Pun Berpayung

Hujan Pun Takpe

Happy!

With Housemate

Mereka Yang Suke Berposing

Kami Pun Nak Juge

Perbincangan Mengalahkan Politician

Alamak Mengapakah?

Tidak Berseorangan Lagi

Wednesday, October 7th, 2009

Memperkenalkan housemate baru saye di perlis. Baju pink is kak iqin and baju hijau is along. Mereka bukan orang asing bagi saye. Dua-dua classmate time degree dulu. Cume perbezaan umur menyebabkan saye panggil diorang ‘kak’. Best sangat ade diorang ni. Rumah yang dulunye sunyi sekarang dah riuh-rendah dengan gelak tawa diorang. Agaknye jiran-jiran mesti heran tapi saye suke je hehe. Dulu jugak rumah saye kosong jer rase, tapi sekarang dah penuh. Baru rase cam rumah ckit. Kak ikin pulak bawak tv lagila syok. Ni dalam perkiraan nak pasang Astro sebab line tak berapa clear. Yela harapkan aerial dalam je tak berape strong. Decoder Astro baru pun cantik. Hitam u…huhu.

Both of them continue master same macam saye jugak. Cume diorang masih belom start sepenuhnya. Ade lagi sikit punya hal belom settle. Hopefully after dah settle semua tu kitorang dapat jumpe kat tempat belajar pun same. Kami ade buat aktiviti bersame haritu iaitu menyangkul rumput kat depan and belakang rumah yang panjang hehe. Semangat sungguh kami bertiga bertungkus lumus demi kecantikkan rumah kami bersama. Lawa dah halaman rumah. Tinggal nak tanam ape yang patot jer tu. Tanah sawah la katekan, memang subur untuk menanam. Macam-macam lagila yang kami nak wat together. So, nak conclude kat sini memang best ade housemate! Happy!

Rest In Peace…Ayan

Wednesday, September 30th, 2009

Ayan (berbaju putih) sahabat kami di Unimap. Sekelas dengan my love, seorang yang lucu. Tu memang sikapnya yang pasti buat semua rakan susah untuk lupakan ayan. Suka menggelarkan dirinya AYANBAIK. Dalam sms pun mesti nak tulis kat endingnya. Gambar kat atas tu pun saye yang ambik time kitorang same-same on the way balik ke rumah, cuti semester kalau tak salah. Dalam kereta macam-macam lawak yang dibuatnya. Ayan…nape cepat sangat kau tinggalkan kami.

ayan and the geng

My love manusia yang paling touched time dapat sms dari kak ami about accident tu. Mane taknye, ayan antara sahabat baik die and selalu jumpa kat JB. Susah senang diorang share same. Saye and boy tak dapat nak terima ape yang kami  baru tau tu. Tapi kami tak berhenti-henti mendoakan kesejahteraan ayan, moga die cepat sembuh and sedar dari koma. Kenangan bersama ayan tak semena-mena muncul dalam ingatan kami berdua. Sedih betol kami.

Namun, Allah lebih sayangkan ayan. Sedang my love and rakan-rakan dalam perjalanan ke Johor, mereka diberitakan tentang pemergian ayan. Tapi perjalanan tetap diteruskan demi memberi penghormatan terakhir buat ayan. Semasa tiba di rumah ayan, jenazahnye masih belum sampai dari hospital. Selepas zohor barula jenazah ayan disemadikan. Semoga roh Allahyarham ayan dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara golongan umat Islam yang dikasihi-Nya. Amin.

AYANBAIK

Kepada ahli keluarga ayan, orang yang disayanginya serta sahabat-sahabat ayan…saye mohon tabahkan diri, terima dengah redha apa yang ditentukan-Nya dan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga die tenang disana. Al-Fatihah…

Sebuah tragedi yang meragut nyawa seorang sahabat…

Pagi Isnin (28 September 2009), Ayan yang dalam perjalanan ke tempat kerja accident dengan sebuah lori pasir di Johor Bharu. Keretanya berpusing sebelum lori pasir melanggar keretanya. Ayan dikatakan bergegas ke tempat kerja kerana sudah lewat. Anggota badan sebelah kirinya rosak terok, mungkin cuba menahan badannya semasa kejadian berlaku. Ayan koma sejurus selepas itu. Doktor melakukan ujian terhadap otaknya sebanyak 3 kali, namun ia tetap tidak berfungsi walaupun jantungnya masih kuat. Apekan daya sudah sampai ajalnya, Ayan meninggalkan dunia ini Selasa (29 September 2009) lebih kurang jam 9pm. Ayan juga turut menjalani pembedahan derma buah pinggang pada malam tersebut yang sempat arwah daftar semasa hayatnye masih ada. Jenazah selamat disolat dan dikebumikan pada jam 2pm, selepas waktu zohor.

Muhamad Nor Azhar@Ayan dalam kenangan…1985-2009.