Evening Primrose Oil: Khasiat Untuk Wanita

Evening Primrose Oil (EPO) atau nama saintifiknya Oenothera Biennis merupakan sejenis tumbuhan berbunga kekuningan yang kembang di waktu petang. Tumbuhan ini ditanam di Utara Amerika, Eropah dan juga Selatan Hemisfera. Ia mengandungi asid lemak penting iaitu Gamma-Linolenic Acid (GLA) yang dapat membantu seseorang wanita dari segi perubatan dan juga kecantikkan.

Antara khasiat primrose oil adalah :

  1. Membantu badan menggunakan insulin, mengawal berat badan, melawan kanser dan penyakit jantung dimana ia mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
  2. Amat sesuai untuk yang inginkan kulit yang cantik di mana primrose oil dapat menghalang penghasilan chemical dalam badan yang menyebabkan kulit bermasalah.
  3. Membantu seseorang  yang berpenyakit eczema, asthma dan rheumatoid arthritis.
  4. Ia juga dapat memberikan kelegaan kepada wanita yang mengalami masalah haid atau pre-menstrual syndrome (PMS), simptom putus haid atau menopause dan juga kesakitan di bahagian buah dada akibat perubahan hormon semasa haid.

Mungkin kesan ketara kita tak dapat lihat dalam masa yang amat singkat. Namun dengan penggunaan yang teratur dan berpanjangan kita pasti boleh memiliki khasiatnya. Saya baru dua bulan mengamalkan primrose oil setelah menyedari saye mengalami masalah kulit sensitif dan haid yang tak menentu. Alhamdulillah, bila dah amalkan primrose oil kulit dan haid pun dah OK. Yela, saye cume ikhtiar je mane yang boleh. Hurmm dari segi harga pulak, ikot brand. Ade jugak yang mahal. Tapi saye pakai brand Blackmores tu ok jugakla harganye. Primrose oil boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Hihi macam iklan pulak.

Saye cume ingin berkongsi dengan semua pasal supplement ni. Ape salahnya kan kalau kita berbelanja sikit untuk kesihatan kita. Tambahan pulak kita orang perempuan ni. Betol tak? So untuk lelaki pun ape salahnya bace. Manela tau bermanfaat untuk sesiapa atau orang yang disayangi kan. Ok kalau ade ape-ape pendapat share la. Manela tau ade yang saye miss. Hope to hear from you all…Daa~

evening primrose oil|primrose oil|evening primrose|evening primrose pregnancy|evening oil of primrose|evening of primrose

Tags: , , , , ,

5 Responses to “Evening Primrose Oil: Khasiat Untuk Wanita”

  1. Betul la yang, cam iklan kat tv3 tu. ‘Iklan ini tajaan MIDEC’. :p. Ini macam baru kaum wanita akan datang ke blog ni…

  2. ashoney says:

    Hehe…pandaila awak. Hopefully la ling. Ney cume nak share je ape yang ney tau :)

  3. Nozi says:

    Salam Honey,

    Mmg bagus amal makan primrose oil ni.Dulu saya pernah consume gak,tapi skrang dah tak consume.Bila ntah nak start smula nih.hehe.

    p/s: cute la pulak theme blog honey nih. :)

  4. ashoney says:

    Waalaikumsalam…

    Kene amek balik la tuh. Kite org perempuan kene jaga kesihatan kan. Bile dah lame makan sehari sekali pun ok dah. Tapi kalo nak makan 2 kali sehari lagi elok :)

    Thanx for the compliment Nozi :)

  5. [...] amalkan sumthing else huhu. Tapi at last turn back to EPO yang kebaikannyer ade saye bincangkan di sini. Pati prun pula ada serat yang tinggi, vitamin C and anti-oxidant. So nak nampak muda jer kene amal [...]

Leave a Reply