Feb 3, 2010

Posted by ashoney in Foodstuff | 6 Comments

Sedapnyer Limau Chinese New Year

Sedapnyer Limau Chinese New Year

Limau tangerin dan manderin adalah biase di kalangan rakyat cina terutama apabila tiba musim perayaan mereka. Limau ini dikatakan sebagai simbol kebahagiaan dan menjadi satu kemestian untuk dibawa bersama apabila mereka menziarahi satu sama lain semasa hari perayaan mereka. Di Malaysia, kita hidup berbilang kaum jadi setiap kaum pasti turut serta memeriahkan perayaan kamu lain. Limau-limau yang sangat galak dijual di seluruh negeri menjelang Tahun Baru Cina ini akan dibeli tak kira oleh kaum cina sendiri, kaum india, kaum melayu atau lain-lain. One Malaysia la katekan.

Saye takkan lepaskan peluang membeli limau ni sekotak ke dua kotak ke. Kalah diorang yang nak raya pulak. Tak kisahlah tangerine atau mandarin, dua-dua saye suke. Kalau tak salah saye, tangerine ni lebih kecil dari segi saiznye dan rasanye tak semasam oren biasa. Mandarin pula lebih besar saiznye, bentuk ala-ala pumpkin dan sangat juicy. Harganye juga sedikit mahal. Limau ini bukan saja senang untuk dimakan, malah penuh dengan khasiat vitamin C, vitamin B serta beta-karotin yang baik untuk tubuh kita. Harga limau-limau ni mengikut gred, ade yang mahal dan ade juga yang murah. Kulitnya mudah dikupas dan kadang kala jusnya memercik-mercik membuktikan betapa juicy nyer buah limau cina ni. Fuhhh mengancam betol.

Kenape nak dekat raya cina baru buah ni dijual merata-rata kan? Kalau bukan musim raya cina, tak nampak pulak. Tak taula kot-kot saye yang tak perasan. Tapi elok juga macam tu sebab barulah kita rase tertunggu-tunggu sikit. Kira excited tu terlebih la bile sampai musim Tahun Baru Cina. Kalau kita ade ramai kawan-kawan cina, seronok betol kutip limau dari diorang. Kadang-kadang tu ade yang bawak berkotak-kotak limau untuk rakan-rakan. Syoknyer! Selalu mase kat office la kan. Huhu. Tadi ingat nak pi shopping limau, tapi tak sempat. Just drop by gerai tepi jalan beli tangerin comel. Lepaskan ngidam hehehe. Kalau kat perlis ni, ade satu tempat khas dijual buah-buah limau ni. Kat tengah-tengah bandar kangar. Nak yang murah, yang mahal, dalam kotak, dalam bakul sume ade. Besar-besaran punya. Tak saba nak pergi beli.

Dat’s all from me. Selamat makan buah limau yer.

:)

Tangerin comel

Bersama si comel yang manis dan sedap. Aummmm!

Ngap!

Masuk mulot sudah. Yummy!

  1. kasi aku sikit..sekotak cukup..haha

    [Reply]

    ashoney Reply:

    Hikhikhik…ameklah. Aku sedekah… :)

    [Reply]

  2. Comel nye gambar yg no 2 tu. heheheheeheh. Nak ugak tangerin…

    [Reply]

    ashoney Reply:

    Hehehe…Semalam bagi dah. Jom kite beli sekotak dua…

    [Reply]

  3. memg sedap..ada lagi 3 biji kat umah ni

    [Reply]

    ashoney Reply:

    3 jer. Sekali hadap jer tuh. Hikhikhik…

    [Reply]

Leave a Reply