Saye tertarik dengan apa yang saye bace tadi. Ternyata apa yang dikatakan oleh sumber tadi benar juga. Saye tak nafikan kadang-kadang ada perkara yang wanita lakukan boleh mengundang kemarahan pasangan kita. Yelah, manusia mana yang sempurna. Wanita salahkan lelaki, lelaki salahkan wanita. Ego mengatasi segalanya. Namun, kebijaksanaaan untuk mengawal sesuatu adalah paling penting agar sesebuah hubungan berlaku tanpa perbalahan yang berterusan.
Berikut adalah antara sifat wanita yang tidak disukai lelaki :
- Materialistic
Wanita mana yang tak sukakan wang dan harta benda. Kadang kala, itulah yang akan mendorong seseorang wanita untuk tertarik dengan seseorang lelaki. Namun, sikap yang keterlaluan atau obses dengan harta benda ini akan membuatkan lelaki bosan dan akhirnya bertukar menjadi benci. Ingatlah bahawa bukan semua lelaki suka melayan kehendak wanita yang lebih-lebih.
- Queen Control
Jujurnya, ramai dikalangan kaum hawa ni memang suka atur sana sini. Pada dia apa yang dirancangnya betol sentiasa dan pendapat kaum lelaki tak perlu diambil kira. Lelaki perlu mengikut apa yang disusun oleh mereka bagi menepati sifat atau ciri-ciri lelaki idamannya. Apelah salahnya kita menerima pasangan kita itu seadanya kerana lelaki suka begitu. Apa yang perlu diperbaiki disuarakan dengan cara yang baik, bukan dengan dipaksa-paksa.
- Sentiasa Tidak Puas
Memang wanita sukar untuk dipuaskan dari segala aspek. Apa yang lelaki berikan tidak pernah mereka berasa puas termasuklah layanan seks. Wanita sanggup lakukan apa sahaja asalkan apa yang mereka hajati akan diperolehi. Sikap ini amatlah tidak disenangi kaum lelaki yang sukakan wanita yang bersederhana dan berterima kasih atas apa yang mereka berikan.
- Emosional
Airmata adalah weapon wanita yang paling utama untuk melembutkan hati kaum lelaki. Tanpa berfikir dengan panjang juga, kaum wanita lebih suka marah, cakap perkara yang bukan-bukan atau apa sahaja untuk melepaskan kemarahan mereka. Apabila dimarahi atau ditegur oleh lelaki, seseorang wanita itu akan terus tersinggung atau merajuk. Untuk memujuk mereka kembali bukanlah sumudah yang difikirkan. Sikap begini akan membuatkan lelaki hilang sabar dan pergaduhan akan berpanjangan.
- Cemburu Buta
Cemburu tandanya sayang. Tapi kalau cemburu buta tandanya ape pulak? Sikap cemburu kadang-kala boleh menimbulkan satu perasaan kurang senang pada kaum lelaki kerana ini menunjukkan bahawa mereka tidak dipercayai. Tambahan pula kalau si lelaki tu handsome di mata ramai, cemburunya lagilah melampau-lampau. Kepada kaum hawa yang memiliki sikap begini, segeralah berubah kerana dikhuatiri sikap anda ini akan menyebabkan kaum adam lari meninggalkan anda.
Ini adalah antara sifat wanita yang tidak disukai kaum lelaki. Namun, apa sahaja boleh diselesaikan dengan perbincangan serta tolak ansur pasangan masing-masing. Wanita mudah dibentuk dengan didikan seorang lelaki yang pandai dan kena dengan caranya. Saye akui, saye juga kaum wanita yang banyak kekurangannya. Saye sentiasa akan cuba perbaiki kelemahan saye dari masa ke semasa. Kepada kaum lelaki, kuatkan kesabaran anda terutama kepada yang disayangi. Kepada kaum wanita juga saye seru untuk lakukan apa yang terbaik untuk hubungan anda dan pasangan. Tak salah untuk berubah demi kebaikan bersama.

Absolutely rite!!!! There’s no other way accept tolerance kan honey. Memang banyak kesabaran diperlukan untuk membina sebuah pertalian yang bahagia. Nak x nak memang kena sabar je la. That’s my 2 cents
Tula. Thanx sebab byk sabar utk ney syg…I love u darl!
Isk.. betul tu, memang tak suka hehe..
Hehe…Sape la suke kan negative attitude. Tapi sabar tu paling penting
Salam Honey,
Betul apa yang Honey ckp tu. Memang kena ada sikap toleransi.Kena bertolak ansur.Kadang2,salah dia je kita nampak tapi salah kita tak nampak.Satu lagi kena berterus terang dan jujur.Jangan sesekali menipu.Kerana lama kelamaan,boleh terbongkar.
Waalaikumsalam…
Memang betol…kite ni kadang-kadang suke beremosi. Pastu nak harapkan mereka je pujuk. Tipu tu lagi satu hal. Saya sangatlah tak suke. Pastu kadang tu kite dapat tau dari org lain. Marahnye la hai…huhu.