Keselesaan Berganda

Sakit belakang? Dah tua ke saye? Huhuhu. Tulah masalah yang saya alami beberapa hari lalu. Mula-mula ingat salah tidur. Tapi bile recall balik rasenyer dah bertahun tidur kat tilam and katil yang same tak sakit pulak. Ok teka lagi. Haritu adela angkat plate besi beratus keping sorang, bajet kuat sangat konon.  Berkate dalam hati, ” Sebab aku angkat besi tu ke? “.Tapi sebelum ni pernah jugak angkat, tak pulak sakit. Haissshh. Kerisauan melanda hati. Sakit makin-makin pulak dibuatnyer. Klinik macam dah panggil-panggil jer. Tidak! Tamau pergi klinik.

Masalah diceritakan kepada sweetheart yang pernah alami masalah yang sama dulu. Barulah saye sedar dah nak masuk 7 bulan saya menghadap berejam-jam depan lappy duduk bongkok di bawah, dalam keadaan bersila yang kadang-kadang tu bila lenguh jadi melunjur. Marah my backbone ni haa. Hamek kau die bagi sakit baru tau nak cari kerusi and meja. Thanx syayang sebab bagi ubat yang terus baik sakit belakang ni. Hehehe. So misi petang jumaat, selepas kaum adam selesai solat kami segera ke Kangar untuk mencari sebuah kerusi dan meja yang sesuai untuk bilik saye yang comel tu. Pemilihan kene tepat so that bilik saye tak nampak messy. Nanti bilik berselerak mata saye pulak yang sakit. Payah pulak kan. Idea dah ade nak letak dekat mane meja tuh. Yang penting kene cari duluuu…

Maka singgahlah kami ke sebuah kedai perabot yang tidak asing lagi dengan muka kami. Membelek katalog and berbual dengan uncle aka tauke kedai tuh. Die tunjukkan meja yang diceritakan. Bile saye tengok, rase macam ok. Sebab die kecik pastu sesuai la saye nak letak laptop jer. Bilik pun tak besar mane. Ok pusing lagi kedai tuh, naik atas lagi tengok kerusi pulak. Sweetheart pun nak beli kerusi yang selesa satu untuk kerjaya bloggingnyer huhu. Nak dipendekkan cerita, setelah cowteam baek punya uncle tu kasi la kerusi RM80 and meja woody tu RM90. Die pasang then hantar sekali kat rumah. Kami pun rase ok dengan price uncle tu bagi, saye and sweetheart confirmla dengan pilihan petang tu. Dua buah kerusi and sebuah meja selamat dibeli. Lega dah satu bab dalam kehidupan. Ceewahh.

Meja (RM90)

Kerusi (RM80)

Hari kedua dah pakai set baru saye ni, makin makin seronokla lagi saye surfing. Mudah-mudahan bertambah la semangat saye berblogging and belajar of course. Yang paling penting, kesihatan saye tak nak abaikan. Nanti dah kene sakit tulang ke ape ke, lagi susah. Mencegah kan lebih baik dari mengubati. Kepada kawan-kawan yang duduk bersila sambil surfing tu, jangan la amalkan. Sebab effect memang tak nampak sekarang. Tapi die datang sikit-sikit. Renung-renungkan yer.

Dari yang ini…

Meja comel

Ke yang ini…

Comfort desk

Saye tak sakit belakang dah. Heehee!

6 Responses to “Keselesaan Berganda”

  1. So cute! Cantiklah yang. Pandai ney hias meja tu. Jom blogging hahahaha

  2. ashoney says:

    Hehehe thanx yang. Ling jugak yang pilih kan. Jom jom…hehehe…

  3. apek says:

    aku meniarap mase blogging..cemana nie..haha..sakit belakang aku..blanje aku meja cik ash..haha

  4. ashoney says:

    Hikhikhik…Belanje eh? Akan dipertimbangkan la yer. Ko ni macamla aku tauke.

  5. kay says:

    terfikir gak nak beli,tapi tunggu pindah rumah la..sekarang menyandar kat dinding jela..hehe

  6. ashoney says:

    Jage tulang belakang tuh. Nak pakai lame lagi. Tak salah pun beli sekarang kan. Nak pindah angkat ajer lah. Hehe…

Leave a Reply