Sedihnya Dengan Sikap Segelintir Manusia

January 25th, 2010

Pagi tadi semasa breakfast dengan sweetheart and our friend, terbuka cerita pasal blog yang dijadikan “habitat” untuk kutuk mengutuk, keji mengeji and sebagainya. Kes hangat about adukataruna yang katanya mengeji kemangkatan Sultan Johor. Alahai, kenapela buat tindakan kurang bijak tuh. Banyak lagi kerja lain nak dibuat kan. Kerana mulut badan binasa. Tak pasal-pasal dah nak kene ke mahkamah and so on kalau betol seperti yang diberitakan. Ade team khas dah ditubuhkan untuk mengheret penulis blog yang disebut tadi ke muka pengadilan atas 25 laporan polis yang telah dibuat terhadapnya.

Sedihnya saye bila mengetahui, penulis tersebut berbangsa melayu serta beragama Islam. Macam mane bangsa dan agama kita nak dijadikan contoh dengan adanya segelintir manusia macam ni. Bile saye blog hoping lagi tadi, jumpe juga blog-blog lain yang sama macam blog adukataruna tu. Orang bukan Islam pun dah berani mengutuk pemimpin dan agama kita. Mereka menjadi lebih berani bila tengok kita sendiri lemah dalam mempertahankan agama dan bangsa kita. Sedihkan? Realiti yang tak dapat dielakkan. Tak sanggup rase nak terus baca blog-blog macam ni. Terjejas nama blogger dengan adanya sikap segelintir pihak yang terlalu emosi dalam menulis. Memang tak salah nak bagi pandangan atau meluahkan apa yang tak puas hati, tapi kan lebih elok dengan cara yang lebih profesional.

Bila saya go through apa yang mereka tulis, seolah-olah mereka ni tak ade education sedangkan saya pasti ada antara mereka adelah golongan-golongan terpelajar, siswazah-siswazah universiti and macam-macam lagi. Cerita mengenai Sultan Johor yang mangkat tu, patot ke nak mengeji seseorang yang dah tak ade. Yang pergi tetap pergi. Ade lagi baik kita sedekahkan Al-Fatihah buat al marhum. Pahala pun dapat. Asyik kutuk sane sini, baginda dah diberi keizinan oleh Allah mangkat pada hari jumaat yang insyaallah terlepas azab kubur. Kita? Belom tahu lagi bagaimana nasibnya macam mana. Adukataruna telah memohon maaf berkenaan isu itu, tapi adekah semua orang memaafkannya? Terutama kerabat Johor serta  rakyat jelata negeri Darul Takzim itu. Semoga anda mendapat pengajaran serta ikhtibar dengan apa yang telah atau bakal terjadi nanti wahai encik aduka.

Kepada blogger-blogger sekalian, blog adelah tempat untuk kita meluahkan perasaan, idea, pengalaman, serta ada juga yang menjana pendapatan dari menulis blog ni. Jadi, jangan salah gunakan blog anda yer. Tak pasal-pasal glamour satu malaya u. Huhuhu~

Menguji Kesabaran Sungguh

January 22nd, 2010

Hai semua. Lame betol tak update blog yang dikasihi ni. Seminggu lebih dah tapi rase kejap jer. Macam-macam nak kene settlekan. Macam-macam jugak yang jadi. Weng  jap kepala ni. Tapi memang bukan nak ketepikan blog saye ni. Rindu jugak nak menulis tapi kepala yang tak betol stable ni potong idea la. Hehehe. Bab alasan no satu yer cik ash. So entri kali ni takdela ape citer menarik pun. Cume pengalaman handle scholarship buat pertama kalinyer dalam hidup saye ni. Degree dulu pun tak fikir ape. Parents supply sume. Tadah jer. Ni dah kene handle sendiri baru tau susah senang nak dapat wang atau perkataan lainnya duit.

Bukan nak aibkan mane-mane pihak. Tapi terus terang memang mencabar kesabaran deal dengan pihak scholar terutama yang amatlah “pantas” buat kerja. Cakap dalam phone harini lain, tanye esok lain pulak. Masing-masing tunding jari kat orang lain. Tension sungguh. Kite ni sapela kan diorang nak proses cepat-cepat. Lainla anak Dato’ ke anank boss diorang ke kan. Tapi pleasela, anak Dato’ tak perlukan scholar ok. Saye anak datuk yang bercucu sahaje. Harap maklum! Ade ke scholar proses sampai 6 7 bulan. Kalau pengajian tu tempoh setahun, agaknyer nak dekat abes belajar baru dapat duit. Kalau mak ayah die leh support dulu takpe, kalau orang susah? Ade ke diorang pikir semua tu. Masalahnyer scholar ni daripada “pihak” tertentu kan. Bukan duit poket diorang. Pun susah ke. Tapi bab gi breakfast, lunch, sembang-sembang lajula. Tak payah suruh pun takpe. Grrrrr!

Tula kerja saye beberapa hari yang panjang ni. Uruskan scholarship yang penuh cabaran sekaligus dengan study jugak. Nak citer panjang lebar pun nanti terkeluar jugak name-name yang tak perlu. Tapi sabar. Cukuplah setakat share ape yang berlaku so nanti kalau ade pembaca yang kene deal dengan orang macam ni, ingat bahawa kite senasib. Hehe. Alhamdulillah settle dah bab scholar ni cume tunggu feedback and or course money. Tak perlu susahkan parents lagi even diorang tak pernah sikit pun rase susah, malah bangga dapat biaya anak sambung belajar and tengok saye berjaya nanti. Terharu sangat. Tapi saye berazam kali ni, biar saye susah pulak. Saye punye turn nak balas jasa baik mereka selama ni. Insyaallah.

Kesimpulannya, kita kene tegas bile face sesetengah pihak macam ni. Bukanla nak push tapi sentiase nak ingatkan diorang tentang tanggungjawab and keje mereka. Kalau tak, tenggelam la borang kite. Tah-tah kene gigit lipas huhu.  Ade juga pihak-pihak tertentu yang buat kerja bagus and mengikut masa and waktu yang betol. Tapi disebabkan sorang dua yang spoilt kan keadaan yang lain pun kenela juga. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Inilah realiti kehidupan. Tapi kalau kite buat kerja betol-betol, insyaallah mudah semua. Kan kan?

Go Ash!

Itu saje dari saye untuk kali ni. Diharap memberi ikhtibar. Tata~

AJL ke 24 Yang Fanashhh!

January 11th, 2010

Siangnye saye pergi kenduri kawen membe U bersame sweetheart and frens ke Manjung, Perak. Bergegas kami pulang semata-mata nak tengok AJL ni. Debaran AJL kali ni kenape entah saye yang rase lebih. Sebab penampilan artis-artis yang mantap-mantap sumenye kot. Kalau tak saye tengok AJL dulu siap boleh teka sape nak menang, sape nak dapat persembahan terbaek.  Dah tengok ramai-ramai kan memang seronok teka meneka ni hehe. Tapi kali ni sume tekaan saye meleset. Memang pilihan juri profesional malam AJL ke 24 tak memandang dari segi luaran saje. Lagu yang disampaikan perlu ada mesej unik and tersendiri. Mari kite imbas pemenang-pemenang semalam.

AizatJuara Lagu ke-24 + Persembahan Terbaik : Aizat

YunaNaib Juara : Yuna

Faizal TahirTempat Ketiga : Faizal Tahir

Black Mentor 3Vokal terbaik : Black

Lagu nyanyian Aizat daripada filem Talentime itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi sementara itu, lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna dan karya bersama Yuna, Paan, Efry dan Aidil muncul naib juara seterusnya membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000. Tempat ketiga pula dimiliki lagu Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal Tahir yang juga penyanyinya. Mereka berkongsi hadiah berjumlah RM12,000. Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan wang bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Black dan Aizat (Kau & Aku).

Winner

AJL ke 24 ni juga mencipta kelainan first time, sejak tahun 1992 yang mane semua lagu yang dipertandingkan tiada kategori yang spesifik seperti tahun-tahun sebelum ni. Tiada lagi kategori pop rok ke, balada ke. Semua dipilih berdasarkan kemantapan lagu mereka. Kalau anda perasan, pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sume buat lagu or lirik sendiri kan. Wahhh bakat-bakat muda and baru dalam industri muzik kita. Tahniah to semua pemenang. Walaupun mungkin ade yang tak puas hati dengan  keputusan malam tadi, redha jela yer. Saye ok jer. Sebab saye bukan arif bab-bab muzik ni. Sume pemenang tu saye suke dengar lagu diorang. Best!

Ok to my friend Yun, tahniah. Even first time masuk AJL, berentap dengan penyanyi-penyanyi yang lebih lame dalam industri ni but u still can do it. Keep your good work in the future ok. I know u minat lame dah arena muzik ni. So u deserve that. Comel sangat persembahan u. Main-main mata and keep smile jer memang wat u dapat markah lebih lagi hehe. Ok Congratz again tau. Belanje kitorang subangnians minum. Manyak tau u dapat ehehe. Gurau jer. Ok congratz again!

Me & Yun

Kami sentiase sokong kamu Yun!

Need Some Help!

January 9th, 2010

Pernah tak anda rase kekeringan idea nak buat blogpost? Saye selalu hadapi masalah tu. Kadang-kadang tu punyelah berusaha nak perah kepala ni menulis tapi hasilnyer hampeh. Mungkin bakat menulis tu tak ade dalam diri saye? Ataupun saye ni terlalu fokus nak tulis pasal benda yang saye rase orang akan minat jer ke? Hurrmm entahla. Saye perlukan rakan-rakan membantu saye untuk terangkan cara sebenar topik kite nak tulis kat blog ni. Since blog saye ni personal kan. Takkan nak tulis pasal diri sendiri je. Tak syok jugak. Ke ok jer sebenarnyer? Arrrr…pening dah.

Tolong saye kawan-kawan :(

Fobia naik bas? Sangatt…

January 7th, 2010

Fobia? Sesuatu yang berkaitan dengan rasa takut akibat pengalaman lalu dan berasa cemas bila terdedah dengan situasi yang sama. Saye dah fobia naik bas ekspress even saye takdela pengalaman ape pun dengan bas ekspress ni. Cume bas terlewat, kotor, pemandu mengantok yang dilihat dengan mata sendiri tu adela. Tapi, kejadian 26 Disember 2009 yang lalu apabila bas ekspress Sani dah mengorbankan 10 orang tak berdosa buat bulu roma saye meremang. Bas yang dalam perjalanan ke Kangar tu dikatakan terbabas and langgar divider jalan. Tak perlula saye cerita panjang lebar sebab banyak dah artikel pasal accident ni. Gambar-gambar pun ade. Sedih betol saye tengok. Ini bukan kejadian pertama di highway utara-selatan ni. Before ni ade banyak lagi kejadian ngeri bas ekspress yang meragut nyawa  insan-insan yang terdiri daripada warga emas, kanak-kanak, pelajar-pelajar universiti, anak-anak muda and sebagainya.

Seminggu sebelum kejadian tragis bas ekspress Sani tu, saye naik bas yang same and dudok pun kat bawah jugak sebab kononye saye takot gayat dudok tinggi-tinggi. Dahla sorang-sorang. Kalau ade geng tu saye ok jer. Bila saye tengok je berita pasal accident tu, saye cepat-cepat ucap syukur kerana Allah masih nak panjangkan umur saye. Bayangkan kalau saye delay balik ke Perlis minggu tu. Nak diikotkan boleh jer saye nak extend cuti saye sebab that time dah nak cuti Christmas. Disebabkan kawan-kawan saye nak holiday dengan saye and nak gi Langkawi tu balik cepat sikit. Mak saye tak berhenti telefon saye dalam 3 4 hari lepas kejadian tu. Die rase macam nak pergi je kat saye and amat-amatlah risaukan saye. So sweet hehe. Saye ok jer just yelah, takot sangat. Tu baru saye. Apetah lagi ahli keluarga and sahabat handai mangsa kejadian tuh kan. Kesiannyer :(

Bas Sani

Gambar Hiasan

Saye memang suke naik bas je sebabnye senang dari segi saye nak ke stesen bas tu. Masa perjalanan memang la jauh bezanye nak compare naik bas dengan naik flight. 7 jam kott. Tapi atleast saye tak perlu nak susahkan sape-sape nak anta saye ke lapangan terbang yang jauh. Baik tak? Hehehe. Kalau kat Perlis ni mane ade airport, so kene pergi Alor Setar. Kat Subang pulak kene pergi LCCT pun takdela dekat mane. Nak ikot tambang lebih kurang jer especially kalau AirAsia wat economy promotion. Tambang bas ke Shah Alam RM50, tiket flight boleh dapat RM60+ kalau tengah murah. Ok la kan.

Disebabkan perasaan fobia yang masih tak hilang, saye dah buat keputusan nak naik flight jer everytime balik holiday ke rumah. My sweetheart pun same. Kalau rajin kami balik naik kereta especially cuti-cuti panjang. Kalau tak flight jer. Dah tengok pun tiket flight AirAsia untuk cuti Chinese New Year ni. Total pergi balik about RM150. Okla kan. Extra Rm50 jer daripada harga tiket bas and sampai pun lebih cepat. Bukan nak boikot bas ekspress, just at the moment ni tak nak naik lagi. Seram. Yelah, kalau saye dah usaha nak avoid tapi umur saye tak panjang tu nak buat cemane kan. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

So, saye harap tindakan kerajaan membekukan permit kepada company-company bas ekspress yang cuai dapat memberi mereka sedikit perasaan insaf and tingkatkan prestasi company mereka terutama kepada pemandu. Mereka kene sedar yang perkhidmatan mereka melibatkan nyawa manusia. Ramai tau. Tolong rase tanggungjawab and bayangkan anda umpama membawa ahli keluarga anda sendiri. Saye sokong jadual perjalanan bas malam tidak diadakan. Ape-ape pun biarlah siang. Mata pun tak mengantok macam malam. Malam memang untuk tidur, bukan untuk kita berjaga. Bagi perjalanan jauh seperti ke Johor Bharu saye minta ade inisiatif melebihkan pemandu bukan dua, tapi tiga. Sebabnye perjalanan bas ke tempat-tempat jauh ni biasenye tepakse bertemu malam juga. Tapi masih ade lagi yang kite boleh usahakan untuk mengurangkan accident ni. Pleasela. Yang terkorban kebanyakannye anak-anak muda, siswazah-siswazah yang mungkin akan beri manfaat pada masyarakat and ekonomi negara. Nanti Malaysia tak develop nak tunding jari kat siape pulak. Marilah kite renung bersame yer.

Itu saje dari saye. Enjoy reading yer. Salam…

Laksa Kuala Perlis…Terbaekk!

January 5th, 2010

Pernah makan laksa kuala perlis? Kalau tak pernah makan, tolongla rase. Tak taula kenape saye memang suke betol laksa kat perlis ni. Even family saye ni memang hantu fanatik abes to laksa, tapi bile dah pekena laksa kuala perlis ni rase macam laksa lain tak suit dah dengan tekak. Sampai macam tu sekali penangan laksa kuala ni. Bayangkan waktu family saye datang holiday kat perlis ni waktu konvokesyen saye Ogos 2009 lepas, my sister breakfast laksa tiap-tiap pagi okeyh. Then, kalau saye balik ke rumah cuti siap pesan take away laksa kuala perlis ni. Serius addict abes!  Another story pulak, my sweetheart yang memang tak minat laksa pun boleh jadi suke giler sampai tiap-tiap petang ajak saye gi makan laksa. Hebat sungguh laksa beras kuala perlis ni yer.

Apa keistimewaanye yer? Pada pendapat saye, kesedapannye pada “laksa” tu sendiri iaitu laksa beras. Bukan macam laksa biase yang direbus air panas tu. Laksa beras ni fresh tau disediakan dengan mesinnye yang akan hasilkan juraian laksa and ready to be served. Tahan lama jugak. Setakat saye nak sampai ke Shah Alam tu memang elok lagi. Ke Johor Bharu pun still ok apetah lagi dekat-dekat ni. Ape lagi yang special? Bukan tu jer. Yang paling best laksa kuala perlis ni dimakan dengan pulut panggang. Jangan tak percaye yer. Bunyi pelik tapi sedap sangat. Kalau tak licin pinggan tu memang tak sah. Dari mane asalnye saye kurang pasti. Tapi publisiti dah banyak about this. So kalau sesiape yang belom tau untungla bace post ni hehe.

Laksa Kuala Perlis

Laksa beras bersama kuah pekat ikan. Hirisan timun, daun selom dan bawang meningkatkan aromanye. Telur rebus penambah kesedapan. Yummy!

Pulut Panggang

Pulut panggang yang dimakan bersama dengan laksa. Serius sedap. Kenyang abes. Kalau makan petang dinner tak payah dah hehe.

Limau and cili api

Kepada yang nak pedas and masam lagi, silala tambah rencah di atas.

Kak Su Laksa

Kedai laksa Kak Su kegemaran kami. Dekat jer dengan umah sewa saye. Dibuka setiap hari kecuali hari selasa, dari pagi sampai petang.

Ni la serba sedikit tentang keistimewaan di Perlis. Antara yang tiada di tempat lain. Sesiapa yang suke makan laksa or yang rase nak cube, bolehla datang ke kuala perlis. Bukan kedai Kak Su je. Ade lagi kedai-kedai yang menjual laksa beras ni. Cume kalau saye, Kak Su memang terbaek! Hehehe. Tak dapat ape-ape komisen eh. Sekadar berkongsi pendapat.

So, selamat menjamu mata!

Welcome 2010

January 2nd, 2010

Salam semua…

Diharap tak terlewat saye nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung blog ashoney.com ni. Harini baru saye rase nak menulis tentang ape yang nak saye wish untuk tahun 2010 ni. Bukanlah wish ape pun, sekadar meletakkan hala tuju dan perancangan dalam kehidupan ni so that tak menyimpang sesat jauh. Atleast bile bace post ni saye ingat ape misi saye and hopefully dapat remind orang lain jugak. Manelah tau kan misi saye same dengan orang-orang di luar sana tu.

Antara yang penting untuk tahun 2010 ni adalah:

  • Menjadi anak, adik and maksu yang lebih berguna pada family. Umur pun dah 24 tahun, so nak tunjukkan pada mereka yang saye dah cukup matang and diorang boleh harapkan. Saye nak berdikari sendiri kalau boleh sebab cukupla mak and abah dah sara saye dari kecik sampaila umur 23 tahun. Biar turn saye pulak even diorang tak pernah minta. Love u mak & abah. Love u all my brothers, sisters and 3 liltle kids.
  • Menaikkan kadar status hubungan saye and tercinta dengan ikatan yang lebih official. Just guess la yer. Kahwin ke? Hurmmm sesi teka teki disini. Yang penting usaha and doa saye kene extra. Doakan kami juga yer. Insyaallah. Selain tu, saye nak jaga hubungan kami dengan baik and nak cinta kami sentiasa mekar sampai tahun bila-bila pun. Amin. Love u ling.
  • Berjumpa dengan rakan-rakan yang lame tak jumpe kalau ade masa, tenaga and extra duit. Tak kan nanti satu masa lalu sebelah pun dah tak kenal kan. Selain keluarga and tercinta, kawan pun sangat penting dalam kehidupan saye. Tanpe mereka sapela saye. To my friends, i love u all. Saye sayangkan kawan-kawan yang meghargai saye jer. Yang tak tu boleh blaaa. Tahun 2009 banyak ajar saye erti persahabatan sebenar. So 2010 saye takkan silap lagi.
  • Menghabiskan program master saye dengan jayanya. Submit jer thesis bermakna saye selesai everything related to my master studies. Konvo tu cerita no 2 yang penting thesis since saye buat master by research. So nak increase kerajinan tahap maximum. Not to study hard, but study smart.

Ni empat yang paling penting pada fikiran saye sekarang untuk tahun baru ni. Kalau nak tau macam-macam wish saye memang ade hehe. Post ni sekadar nak remind diri saye betapa pentingnya tahun 2010 ni. Saye adelah ash yang baru. Saye akan terus and terus menjadi insan yang lebih baik di masa yang akan datang untuk semua. Chaiyokk ash!

Merenung masa hadapan...

Langkawi Permulaan Terbaik Kami

December 29th, 2009

Cuti Christmas yang diberi oleh kerajaan tidak akan disia-siakan oleh kami. Tambahan pulak kawan-kawan saye ni datang dari jauh kan. Planning terbaek dari ladang saye and fruitheart dah buat bila diorang datang jenguk kami. Even Langkawi bukanlah pertama kali kami kunjungi, tapi pengalaman pergi together belom ade lagi. Dulu kawan zaman-zaman sekolah manela sempat nak pergi holiday ke ape ke. Lepaking kat mamak, secret recipe or parade tu adela. Huhuhu.

Bermulalah perjalanan kami dari jeti Kuala Perlis yang amat sesak dengan manusia yang nak pergi holiday macam kitorang jugak. Sejam jugak delay feri kami yang sepatotnyer dijadualkan pukul 10 pagi. Tapi takpe kitorang sakan bergambar tak sedar pun masa berjalan huhu.

Kat jeti Kuala Perlis

So kire ni hari pertama kami la kan di Langkawi. Sampai je pergi makan dulu then amek kereta sewa yang dah ditempah. My love yang bawak kereta ditemani saya disisi. After check in and solat, kami ke cable car. Excited nak naik ni. Manusia jangan dikenangla. Punyela ramai. Tiket cable car serendah RM15 untuk pemilik mycard. Bawaklah bersama anda yer kalau tak kenela charge RM30. Best sangat tengok pemandangan dari dalam cable car yang dah naik dengan ketinggian beratus-ratus meter tu. Ade orang tu die gayat. Hehe comel jer.

Kami di dalam cable car

Berdua dengan scenery yang cantik

Berlima di tempat yang tinggi...woooo

Sebelah malamnye kami ramai-ramai serbu restoran Rasa. Sedap foodnyer. Chicken Chop die terbaek okeng. Kenyang saye huhu. Dah kenyang takkan nak dudok diam kan. Kami semua berjalan-jalan di tepi pantai sambil bukak selipar masing-masing untuk rasa kelembutan pasir Langkawi. Sejuk tau pasirnyer. Best jer jalan. “Alaaa…japnyer dah malam”, bisik hati saye kesedihan.

Di depan Cabin Resort

3 gediks kat tepi pantai malam-malam hehe

Hari kedua di Langkawi tiba dengan keseronokan. Pengalaman pertama saye nak snorkling dengan tercinta and rakan-rakan. Perjalanan nak ke Pulau Payar je about 1 hour lebih. Kitorang lepaking kat atas feri, sambil ambik udara segar and tengok permandangan indah. Wah cuci mata betol dudok Langkawi ni yer.

Atas feri ke Pulau Payar

Dengan harga yang berpatutan jugak kot iaitu RM100 satu kepala, kami dapat snorkling and lunch set setiap orang. Mule-mule saye macam takot-takot  nak menyelam tuh tapi my syayang banyak membantu. Dah confident  and comforable teros nak snork sendiri je. Naik syeikh dah hehe. Siap main kejar-kejar lagi. Dapat tengok gamat secara live jugak. Ingat lintah laut hehehe. Best la. Tengok coral and spesies ikan yang saye selalu tengok kat national geographic tv jer. Even burn sampai sekarang tak hilang tapi pengalaman yang saye dapat lagi bermakna. Arrrr…nak PERGI lagi!

Baru sampai...

Lin & Amal dah ready tuh

Seronok!

So malamnyer kami makan kat Sandy Beach Restaurant. Sedap jugak makanan die. Harga pun berpatutan. Memang recommended abesla kepada sesape yang nak idea untuk dinner kat Langkawi. Scenery pun cantik, tepi laut u. Pas makan leh jalan-jalan kat pantai lak. Macam kitorang hikhikhik. Tak puas-puas. Tah pape jer.

Muke lapar tak? Hehe

Terbaek! Kami seronok...

Tak suke la bile dah masuk hari ketiga ni sebab kami akan berpisah. Lin & Wan naik flight dari Langkawi pagi tu. Lin tak dapat cuti lama. Sedih! Saye, sweetheart and Amal pun nak balik ke Perlis jugak. Waaaa! Suke Langkawi. Tenang and aman jer.

:(

Kami bertiga menghabiskan sisa hidup masa di Langkawi dengan pergi beli gamat pulak. Barangan kesihatan yang terkenal di Langkawi. Semalamnyer dah shopping chocolate, harini beli ubat-ubatan la pulak huhu. Ade jugak yang dipesan oleh rakan taulan dan keluarga kami. Then, dah membeli semua kami ke Dataran Lang. Nak ambik gambar jer pastu hantar kereta sewa. Punctual sungguh kami hehe. Sementara nak tunggu feri kul 3 pm, kami lunch kat Kenny. Dah kenyang, pergila tunggu feri dengan perasaan tak berape ikhlas. Tamau balik! Jerit dalam hati jela.

Si dia di kedai gamat

Hehe gatai sebentar

Ling and lang...suit jer bunyinyer hehe

Kat kenny

Dalam feri nak balik

Pasni nak gi lagi. Nak buat aktiviti yang tak penah wat lagi pulak. Tak jemu betol dengan Langkawi. Tolongla ash. It’s ok. After this ade plan nak jalan jauh sikit jugak. Malacca and Perhentian. Ade beran?? huhu. Tanye poket dulu yer hikhikhik. Sape berminat marilah pergi beramai-ramai yer. Lagi ramai lagi best.

Miss u Langkawi Island!

See u soon…Insyaallah.

Ketibaan Mereka Yang Dinanti

December 28th, 2009

Penantian saye selama 4 tahun nak diorang datang ke Perlis akhirnya berakhir. Tanggal 24 Disember 2009 mereka tiba dengan menaiki plane. Saye and sweetheart dengan penuh bersemangat pergi fetch diorang kat airport alor setar. Mereka yang digembar gemburkan adelah Amal, Lin & Wan. All of them are my best  buddies from subangnian jayanian hikhikhik. Happy diorang selamat sampai. Tak percaye?? Zoom gambar kat bawah tuh. Excited giler dat time okeyh. Amal akan stay sampai 30th but Lin & Wan kene balik awal sikit, on 27th sebab Lin keje. Takpe janji dapat spend together jugak. Mase tu memangla nak lelame tapi apekan daya saye kan.

Muke happy!

My sweetheart and I planned nak bawak diorang makan laksa perlis la kan because saye rase cam best jer makan petang-petang. Tapi malangnya bila tengok jam kat tangan dah pukul 6.30 petang. Takot dapat kuah je kitorang nanti. So, muncullah request dari Wan yang nak makan Radix FC. Utara jer ade kottt. Then, kami pun straight ke sane.Naseb saye and sweetheart pun tak pernah makan so first timela untuk kami jugak huhu.

Amal yang tak sabar lagi...

Lin pun...ehehe

Kami ok jer hehe...

Selepas semua orang kekenyangan, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Wan ikot my sweetheart and Amal + Lin semestinyer ikot saye. Diorang mesti penat kan travel dari jauh tapi kalau tengok macam takde ape jer. Lepak kat bilik saye pun sempat jer gosip menggosip huhu. Best giler. Sampai leka dibuatnye. Tengok jam dah lambat. Promise nak bawak diorang gi makan cocok-cocok & jagung bakar tepi laut. Cocok-cocok tu name yang suke hati saye letak sebab all the sosej and macam-macam lagi tu dicocok dengan lidi pastu dibakar. Tapi memang sedap  and die served with the sauce kan fuuhhh. Perlis je ade tau.  Yeke? hehe. Tapi rase yela sebab dibawa dari Thai . Ade la sorang tu sampai nak lagi hikhikhik. Jagung bakar tu pun sedap. Pas dibakar kene sapu planta, mayonis & honey. Superbbb!

Camera dulu huhu

Pilih jangan tak pilih yer korang...

Makan time!

Kitorang lepaking sampai kul bape tah. Memang nak lepak lame lagi tapi kene balik sebab ade trip lagi best nak pegi esoknyer. Langkawi!! Balik cepat nak packing. Saye tak siap pack lagi huhu. Sape nak makan cocok-cocok & jagung bakar sila ke tepi laut kuala perlis yer. Memang best. Enjoy!

Who’s Next???

December 22nd, 2009

Semangat sungguh balik ke Subang haritu, even hati ni sangat berat nak tinggalkan Encik Buah Hati keseorangan di Perlis. Mane tak excited, kawan-kawan saye nak kawen. Dulu jumpe kat sekolah, gelak-gelak, main bile cikgu takde tu adatla kegiatan kami. Bile cikgu masuk jer sume cabot balik tempat masing-masing. Kadang tu sampai tak sedar cikgu masuk pun pernah. Main bukan sorang dua, haa amek ko dalam bulatan ramai-ramai . Tah hape jer perangai. Main ape?? Haa tu rahsia. Tapi memang syok giler. Ooooh rindunyer zaman tu. Sekarang sume dah berbeza. Cume sewel korang tetap same huhu. Ade yang dah nak jd lawyer, ade yang jadi artis and model (hikhik), ade yang continue study, ade yang dah keje…Uishh macam-macamla. Happy sangat tengok kawan-kawan sume dah berjaya.

Eh melalot pulak. Nak cerita pasal wedding nih. So pendekkan cerita tibala hari ahad yang di tunggu-tunggu. Tengahari after fetch Amurl kat umah die, kitorang gerak ke rumah Myn kat Shah Alam. Dat time kitorang sampai dah ramai orang. Sebab pengantin nak sampai dah. Yus pun ade so kitorang lepak la sekali. Makanan kenduri sedap tau. Tapi kenela control. Al maklumla sedang diet huhu. Gembiranya hati bile dengar paluan kompang and tengok Myn keluar dgn senyuman berseri-seri. Cantiknyer! Jerit dalam hati jela bile nmpk Myn. Sonoknyer kawen… Lagi bertambah seronok bile dapat jumpe budak sekolah yang lama tak jumpe. Ade account facebook jer, tapi nak jumpe susah. Saye dahla jauh di utara hukhuk. Pas amek-amek gambar kitorang pun gerak balik. Malam ade event lagi.

Yus, Me & Amurl

Kami yang hadir :)

With pengantin...

Sebelah malamnyer pulak, nak pegi wedding Lily & Awie kat Dewan Perdana Felda, KL. Saye tumpang kereta Lin jer. Konvoi dengan Syafiq and Yun. Excitednyer nak tengok my ex-classmate aka close friend dah nak kawen. Awie tu pun my friend waktu sekolah rendah. Jodoh-jodoh. Lily sangatlah cantaek.  Terserlah keserian & kegembiraan kat wajah diorang. Adoiii sume yang pegi malam tu ade perasaan nak kawen teros hehe. Excited-excited nak kawen pun bile dah nmpk makanan senyap jap. Makan dulu huhuhu. Makanan malam tu pun sangat sedap. Paling best dessertnyer. Brownies + Vanilla Ice Cream…yummy!!! Then, sesi bergambar sampai lebam diteruskan. Misi nak full kan memory camera tapi misi tak berjaya. Tu pun tak larat nak upload dah haiihh. Banyak gambar sengal mereka and sayer jugak hikhik.

Jelitawan :)

Tunggu turn amek gambar with pengantin...huhu

Penantian berakhir :)

To Myn & Ikhwan…Lily & Awie,

Tahniah buat korang semua. I nak korang tau yang I tumpang kegembiraan korang even tak sama dengan ape yang korang rase. I doakan korang bahagia selama-lamanya, dapat zuriat yang comel-comel and manyak-manyak. Nanti leh I main dengan diorang. Korang dah wat I nak kawen cepat hehe. Remember that I akan selalu doakan kebahagiaan korang.

Amurl, Lin Me and Nadya

So, who’s next???