Evening Primrose Oil (EPO) atau nama saintifiknya Oenothera Biennis merupakan sejenis tumbuhan berbunga kekuningan yang kembang di waktu petang. Tumbuhan ini ditanam di Utara Amerika, Eropah dan juga Selatan Hemisfera. Ia mengandungi asid lemak penting iaitu Gamma-Linolenic Acid (GLA) yang dapat membantu seseorang wanita dari segi perubatan dan juga kecantikkan.
Antara khasiat primrose oil adalah :
- Membantu badan menggunakan insulin, mengawal berat badan, melawan kanser dan penyakit jantung dimana ia mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
- Amat sesuai untuk yang inginkan kulit yang cantik di mana primrose oil dapat menghalang penghasilan chemical dalam badan yang menyebabkan kulit bermasalah.
- Membantu seseorang yang berpenyakit eczema, asthma dan rheumatoid arthritis.
- Ia juga dapat memberikan kelegaan kepada wanita yang mengalami masalah haid atau pre-menstrual syndrome (PMS), simptom putus haid atau menopause dan juga kesakitan di bahagian buah dada akibat perubahan hormon semasa haid.
Mungkin kesan ketara kita tak dapat lihat dalam masa yang amat singkat. Namun dengan penggunaan yang teratur dan berpanjangan kita pasti boleh memiliki khasiatnya. Saya baru dua bulan mengamalkan primrose oil setelah menyedari saye mengalami masalah kulit sensitif dan haid yang tak menentu. Alhamdulillah, bila dah amalkan primrose oil kulit dan haid pun dah OK. Yela, saye cume ikhtiar je mane yang boleh. Hurmm dari segi harga pulak, ikot brand. Ade jugak yang mahal. Tapi saye pakai brand Blackmores tu ok jugakla harganye. Primrose oil boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Hihi macam iklan pulak.
Saye cume ingin berkongsi dengan semua pasal supplement ni. Ape salahnya kan kalau kita berbelanja sikit untuk kesihatan kita. Tambahan pulak kita orang perempuan ni. Betol tak? So untuk lelaki pun ape salahnya bace. Manela tau bermanfaat untuk sesiapa atau orang yang disayangi kan. Ok kalau ade ape-ape pendapat share la. Manela tau ade yang saye miss. Hope to hear from you all…Daa~