Posts Tagged ‘Pakej Murah Ke Langkawi’

Langkawi Permulaan Terbaik Kami

Tuesday, December 29th, 2009

Cuti Christmas yang diberi oleh kerajaan tidak akan disia-siakan oleh kami. Tambahan pulak kawan-kawan saye ni datang dari jauh kan. Planning terbaek dari ladang saye and fruitheart dah buat bila diorang datang jenguk kami. Even Langkawi bukanlah pertama kali kami kunjungi, tapi pengalaman pergi together belom ade lagi. Dulu kawan zaman-zaman sekolah manela sempat nak pergi holiday ke ape ke. Lepaking kat mamak, secret recipe or parade tu adela. Huhuhu.

Bermulalah perjalanan kami dari jeti Kuala Perlis yang amat sesak dengan manusia yang nak pergi holiday macam kitorang jugak. Sejam jugak delay feri kami yang sepatotnyer dijadualkan pukul 10 pagi. Tapi takpe kitorang sakan bergambar tak sedar pun masa berjalan huhu.

Kat jeti Kuala Perlis

So kire ni hari pertama kami la kan di Langkawi. Sampai je pergi makan dulu then amek kereta sewa yang dah ditempah. My love yang bawak kereta ditemani saya disisi. After check in and solat, kami ke cable car. Excited nak naik ni. Manusia jangan dikenangla. Punyela ramai. Tiket cable car serendah RM15 untuk pemilik mycard. Bawaklah bersama anda yer kalau tak kenela charge RM30. Best sangat tengok pemandangan dari dalam cable car yang dah naik dengan ketinggian beratus-ratus meter tu. Ade orang tu die gayat. Hehe comel jer.

Kami di dalam cable car

Berdua dengan scenery yang cantik

Berlima di tempat yang tinggi...woooo

Sebelah malamnye kami ramai-ramai serbu restoran Rasa. Sedap foodnyer. Chicken Chop die terbaek okeng. Kenyang saye huhu. Dah kenyang takkan nak dudok diam kan. Kami semua berjalan-jalan di tepi pantai sambil bukak selipar masing-masing untuk rasa kelembutan pasir Langkawi. Sejuk tau pasirnyer. Best jer jalan. “Alaaa…japnyer dah malam”, bisik hati saye kesedihan.

Di depan Cabin Resort

3 gediks kat tepi pantai malam-malam hehe

Hari kedua di Langkawi tiba dengan keseronokan. Pengalaman pertama saye nak snorkling dengan tercinta and rakan-rakan. Perjalanan nak ke Pulau Payar je about 1 hour lebih. Kitorang lepaking kat atas feri, sambil ambik udara segar and tengok permandangan indah. Wah cuci mata betol dudok Langkawi ni yer.

Atas feri ke Pulau Payar

Dengan harga yang berpatutan jugak kot iaitu RM100 satu kepala, kami dapat snorkling and lunch set setiap orang. Mule-mule saye macam takot-takotĀ  nak menyelam tuh tapi my syayang banyak membantu. Dah confidentĀ  and comforable teros nak snork sendiri je. Naik syeikh dah hehe. Siap main kejar-kejar lagi. Dapat tengok gamat secara live jugak. Ingat lintah laut hehehe. Best la. Tengok coral and spesies ikan yang saye selalu tengok kat national geographic tv jer. Even burn sampai sekarang tak hilang tapi pengalaman yang saye dapat lagi bermakna. Arrrr…nak PERGI lagi!

Baru sampai...

Lin & Amal dah ready tuh

Seronok!

So malamnyer kami makan kat Sandy Beach Restaurant. Sedap jugak makanan die. Harga pun berpatutan. Memang recommended abesla kepada sesape yang nak idea untuk dinner kat Langkawi. Scenery pun cantik, tepi laut u. Pas makan leh jalan-jalan kat pantai lak. Macam kitorang hikhikhik. Tak puas-puas. Tah pape jer.

Muke lapar tak? Hehe

Terbaek! Kami seronok...

Tak suke la bile dah masuk hari ketiga ni sebab kami akan berpisah. Lin & Wan naik flight dari Langkawi pagi tu. Lin tak dapat cuti lama. Sedih! Saye, sweetheart and Amal pun nak balik ke Perlis jugak. Waaaa! Suke Langkawi. Tenang and aman jer.

:(

Kami bertiga menghabiskan sisa hidup masa di Langkawi dengan pergi beli gamat pulak. Barangan kesihatan yang terkenal di Langkawi. Semalamnyer dah shopping chocolate, harini beli ubat-ubatan la pulak huhu. Ade jugak yang dipesan oleh rakan taulan dan keluarga kami. Then, dah membeli semua kami ke Dataran Lang. Nak ambik gambar jer pastu hantar kereta sewa. Punctual sungguh kami hehe. Sementara nak tunggu feri kul 3 pm, kami lunch kat Kenny. Dah kenyang, pergila tunggu feri dengan perasaan tak berape ikhlas. Tamau balik! Jerit dalam hati jela.

Si dia di kedai gamat

Hehe gatai sebentar

Ling and lang...suit jer bunyinyer hehe

Kat kenny

Dalam feri nak balik

Pasni nak gi lagi. Nak buat aktiviti yang tak penah wat lagi pulak. Tak jemu betol dengan Langkawi. Tolongla ash. It’s ok. After this ade plan nak jalan jauh sikit jugak. Malacca and Perhentian. Ade beran?? huhu. Tanye poket dulu yer hikhikhik. Sape berminat marilah pergi beramai-ramai yer. Lagi ramai lagi best.

Miss u Langkawi Island!

See u soon…Insyaallah.