Posts Tagged ‘Pulut Panggang’

Laksa Kuala Perlis…Terbaekk!

Tuesday, January 5th, 2010

Pernah makan laksa kuala perlis? Kalau tak pernah makan, tolongla rase. Tak taula kenape saye memang suke betol laksa kat perlis ni. Even family saye ni memang hantu fanatik abes to laksa, tapi bile dah pekena laksa kuala perlis ni rase macam laksa lain tak suit dah dengan tekak. Sampai macam tu sekali penangan laksa kuala ni. Bayangkan waktu family saye datang holiday kat perlis ni waktu konvokesyen saye Ogos 2009 lepas, my sister breakfast laksa tiap-tiap pagi okeyh. Then, kalau saye balik ke rumah cuti siap pesan take away laksa kuala perlis ni. Serius addict abes!  Another story pulak, my sweetheart yang memang tak minat laksa pun boleh jadi suke giler sampai tiap-tiap petang ajak saye gi makan laksa. Hebat sungguh laksa beras kuala perlis ni yer.

Apa keistimewaanye yer? Pada pendapat saye, kesedapannye pada “laksa” tu sendiri iaitu laksa beras. Bukan macam laksa biase yang direbus air panas tu. Laksa beras ni fresh tau disediakan dengan mesinnye yang akan hasilkan juraian laksa and ready to be served. Tahan lama jugak. Setakat saye nak sampai ke Shah Alam tu memang elok lagi. Ke Johor Bharu pun still ok apetah lagi dekat-dekat ni. Ape lagi yang special? Bukan tu jer. Yang paling best laksa kuala perlis ni dimakan dengan pulut panggang. Jangan tak percaye yer. Bunyi pelik tapi sedap sangat. Kalau tak licin pinggan tu memang tak sah. Dari mane asalnye saye kurang pasti. Tapi publisiti dah banyak about this. So kalau sesiape yang belom tau untungla bace post ni hehe.

Laksa Kuala Perlis

Laksa beras bersama kuah pekat ikan. Hirisan timun, daun selom dan bawang meningkatkan aromanye. Telur rebus penambah kesedapan. Yummy!

Pulut Panggang

Pulut panggang yang dimakan bersama dengan laksa. Serius sedap. Kenyang abes. Kalau makan petang dinner tak payah dah hehe.

Limau and cili api

Kepada yang nak pedas and masam lagi, silala tambah rencah di atas.

Kak Su Laksa

Kedai laksa Kak Su kegemaran kami. Dekat jer dengan umah sewa saye. Dibuka setiap hari kecuali hari selasa, dari pagi sampai petang.

Ni la serba sedikit tentang keistimewaan di Perlis. Antara yang tiada di tempat lain. Sesiapa yang suke makan laksa or yang rase nak cube, bolehla datang ke kuala perlis. Bukan kedai Kak Su je. Ade lagi kedai-kedai yang menjual laksa beras ni. Cume kalau saye, Kak Su memang terbaek! Hehehe. Tak dapat ape-ape komisen eh. Sekadar berkongsi pendapat.

So, selamat menjamu mata!