Ayan (berbaju putih) sahabat kami di Unimap. Sekelas dengan my love, seorang yang lucu. Tu memang sikapnya yang pasti buat semua rakan susah untuk lupakan ayan. Suka menggelarkan dirinya AYANBAIK. Dalam sms pun mesti nak tulis kat endingnya. Gambar kat atas tu pun saye yang ambik time kitorang same-same on the way balik ke rumah, cuti semester kalau tak salah. Dalam kereta macam-macam lawak yang dibuatnya. Ayan…nape cepat sangat kau tinggalkan kami.

My love manusia yang paling touched time dapat sms dari kak ami about accident tu. Mane taknye, ayan antara sahabat baik die and selalu jumpa kat JB. Susah senang diorang share same. Saye and boy tak dapat nak terima ape yang kamiĀ baru tau tu. Tapi kami tak berhenti-henti mendoakan kesejahteraan ayan, moga die cepat sembuh and sedar dari koma. Kenangan bersama ayan tak semena-mena muncul dalam ingatan kami berdua. Sedih betol kami.
Namun, Allah lebih sayangkan ayan. Sedang my love and rakan-rakan dalam perjalanan ke Johor, mereka diberitakan tentang pemergian ayan. Tapi perjalanan tetap diteruskan demi memberi penghormatan terakhir buat ayan. Semasa tiba di rumah ayan, jenazahnye masih belum sampai dari hospital. Selepas zohor barula jenazah ayan disemadikan. Semoga roh Allahyarham ayan dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara golongan umat Islam yang dikasihi-Nya. Amin.
Kepada ahli keluarga ayan, orang yang disayanginya serta sahabat-sahabat ayan…saye mohon tabahkan diri, terima dengah redha apa yang ditentukan-Nya dan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga die tenang disana. Al-Fatihah…
Sebuah tragedi yang meragut nyawa seorang sahabat…
Pagi Isnin (28 September 2009), Ayan yang dalam perjalanan ke tempat kerja accident dengan sebuah lori pasir di Johor Bharu. Keretanya berpusing sebelum lori pasir melanggar keretanya. Ayan dikatakan bergegas ke tempat kerja kerana sudah lewat. Anggota badan sebelah kirinya rosak terok, mungkin cuba menahan badannya semasa kejadian berlaku. Ayan koma sejurus selepas itu. Doktor melakukan ujian terhadap otaknya sebanyak 3 kali, namun ia tetap tidak berfungsi walaupun jantungnya masih kuat. Apekan daya sudah sampai ajalnya, Ayan meninggalkan dunia ini Selasa (29 September 2009) lebih kurang jam 9pm. Ayan juga turut menjalani pembedahan derma buah pinggang pada malam tersebut yang sempat arwah daftar semasa hayatnye masih ada. Jenazah selamat disolat dan dikebumikan pada jam 2pm, selepas waktu zohor.
Muhamad Nor Azhar@Ayan dalam kenangan…1985-2009.


waktu akak dpt SMS dr abg zik tentang pemergian arwah, sebak sangat rasa walaupun akak tk rapat dengan arwah.
smoga arwah berada di kalangan orang-orang beriman dan dirahmati olehNya.
Amin.
yela kak…rase macam melayang je.lg la ash pun kenal dgn ayan ni.suke wat lawak2 bodoh die tu.sedih sgt2…sedekahkan al fatihah selalu yer kak
Sebak sangat till sekarang xleh nak lupekan arwah. Terasa sangat kehilangan arwah. Very nice and touching post sweetheart!
Thanx syg. Ney yang tulis post ni lagila sebak
Tak dapat nak terima mule2 tu. Rase cam tipu jer…
Huhu..tak sangka..bukak2 post ash hari nie..tahu pulak pasal berita nie…seriously..terasa muda ke tua ajal tak mengira usia…semoga arwah tenang di sana…seriously..noriz still tak percaya…
btw…c0ngrats dia…noriz nak special invitation tau untuk majlis kahwin nanti..inform 2 weeks earlier tau senang nak apply cuti.. =p
tu la kan…im so sad noris.tgk boy nangis perasaan ash dtg semacam.boy nangis jugak bace post ash ni.sedey tau coz kitorang rapat.help me :’(
eh ade lg sambungan kat bawah upenyer hehe…
ouh bout dat dun worry…mesti gtau awal sebab nak suro kawan2 apply cuti.thanx dear
Yang Pergi tetap pergi..kita yang hidup mesti teruskan hidup..kita sebagai kawan can do our resposibility supaya dia aman kat sana..believe me he will know he got good friend here that will never fail to pray for him…
He will Know Dear..and Allah Know too..mudah2han dgn doa kita..arwah tenang di sana..Arwah pun mesti taksuka tengok kawan2 dia sedey kan…Noriz tak rapat dengan dia..tapi pemergian arwah still terasa…sampai sekarang macam tak percaya…huhuhu
Hello,
Everything dynamic and very positively!
thanx
thanx noriz…i feel better now
dah redha dgn pemergian arwah…boy pun.kitorang xnak arwah sedih kat ’sana’.yg penting sedekahkan al-fatihah selalu kan..
mmg..sgt2 xpercaya.like a dream